Pemandu warga asing diminta berhemah, patuhi undang-undang tempatan

Pemandu warga asing diminta berhemah, patuhi undang-undang tempatan

RIBUAN pengembara dari Singapura beratur panjang untuk memasuki Malaysia melalui BSI, Johor Bahru ekoran cuti panjang republik itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengingatkan warganegara asing khususnya yang memandu kenderaan di negara ini agar mematuhi undang-undang jalan raya yang dikuatkuasakan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka juga diminta untuk sentiasa mengawal emosi dan bersabar dengan situasi semasa jalan raya.

Kata beliau, golongan itu diingatkan agar  melakukan sebarang provokasi yang boleh membahayakan diri dan orang lain.

“Hari ini berlaku kesesakan di pintu masuk utama negara dari Singapura iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) ekoran peningkatan pengembara dari republik itu.

“Sehubungan itu, Polis Johor telah mengambil langkah proaktif dengan mengatur penugasan bagi memastikan kelancaran trafik di premis terlibat.

“Ini termasuk meletakkan anggota di persimpangan jalan secara rondaan dan secara statik, selain turut meningkatkan ‘respons time’ atau mengalihkan halangan yang boleh menyebabkan kesesakan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang bertugas di kedua-dua sempadan negara berkenaan.

“Terima kasih Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas mengawal kesesakan trafik di KSAB. Saya difahamkan bahawa kenderaan yang memotong barisan tidak boleh masuk Malaysia dan akan diarah balik ke Singapura,” ujarnya ringkas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya