KUANTAN: Seorang pemandu lori tangki minyak beberapa kali meminta maaf kepada ahli keluarga dua beradik yang maut setelah kereta Proton Wira dinaiki mereka dilanggar kenderaan berat itu dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat, berhampiran lampu isyarat Felda Lepar Hilir, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, kecuaian pemandu lori apabila gagal mengawal kenderaan dipandu dipercayai punca Siti Mazurah Zulkifli, 30, seorang pramusaji dan Siti Nur Alia Saffiyah, 18,…










