Pemandu bas Singapura didakwa seleweng 500 liter diesel - Utusan Malaysia

Pemandu bas Singapura didakwa seleweng 500 liter diesel

LOW Yong Pang didakwa atas pertuduhan memiliki minyak diesel bersubsidi sebanyak 500 liter di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu bas persiaran Singapura didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyeleweng minyak diesel bersubsidi sebanyak 500 liter, Selasa lalu.

Namun tertuduh, Low Yong Pang, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa memiliki minyak diesel kira-kira 500 liter, iaitu barang kawalan di dalam sebuah bas persiaran jenis Scania nombor pendaftaran PA7792G di sebuah stesen minyak di Jalan Kempas Baru, Johor Bahru pada pukul 10 pagi, 30 Mei lalu.

Yong Pang didakwa di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) yang boleh dihukum di bawah Seksyen­ 22 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan kali ke­dua dan seterusnya, boleh didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Ne­geri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Muhamad Sabiq Muha­mad Subri dan Pegawai Pendakwa KPDN, Raja Nor Ikhlas Raja Ariff manakala Yong Pang diwakili peguam bela, Dahlia Tan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 de­ngan dua penjamin warga tempatan.

Tarikh 6 Julai ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya