Pemain Sabah FC, Mohd. Rizal tak mengaku cederakan teman wanita - Utusan Malaysia

Pemain Sabah FC, Mohd. Rizal tak mengaku cederakan teman wanita

PEMAIN pertahanan Sabah FC, Mohd. Rizal Mohd. Ghazali (baju biru) ketika hadir untuk didakwa atas pertuduhan mencederakan dan merosakkan telefon bimbit teman wanitanya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. - UTUSAN/NUZULSHAM SHAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain pertahanan Sabah FC, Mohd. Rizal Mohd. Ghazali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul teman wanitanya, awal Jun lalu.

Di mahkamah sama, Mohd. Rizal juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan merosakkan telefon bimbit, Hani Farhana Hasrul Sani.

Mengikut pertuduhan, pemain bola sepak itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Hani Farhana, 37, pada pukul 6 pagi, 7 Jun lalu di sebuah bilik hotel di sini.

PErtuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pada ma, tarikh dan tempat sama, Mohd. Rizal didakwa melakukan khianat dengan merosakkan telefon bimbit milik mangsa sama sehingga menyebabkan Hani Farhana mengalami kerugian RM4,500.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang menperuntukkan hukuman maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah menetapkan jaminan sebantak RM3,500 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 Ogos ini.

Pada 8 Jun lalu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam satu laporan memberitahu, pihaknya telah menahan seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan kerana disyaki mencederakan teman wanitanya di sebuah hotel di sini, semalam.

Menurut Mohamad Fakhrudin, kejadian itu berlaku akibat perselisihan faham antara mangsa dan teman lelakinya yang disyaki menyebabkan kecederaan di bahagian badan mangsa.

Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai pemain bola sepak Liga Super berusia 30 tahun yang didakwa mencederakan teman wanitanya.

Pendedahan tersebut dibuat mangsa yang menggunakan nama profil, Dr. Hana Rose di akaun Instagramnya dengan memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan tangannya cedera dipercayai akibat pergelutan dengan teman lelakinya itu.

“Didera oleh lelaki yang saya cintai, dulu berjanji setia selamanya sehingga tua, tetapi akhirnya. Terkadang wanita boleh jadi bodoh dengan (orang) yang dia sayang, berdiam dan bertahan. Sekarang saya fobia dan trauma,” katanya wanita itu dalam hantaran di laman Instagram miliknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya