GERIK: Pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Gerik di sini sejak Rabu lalu, ditemukan selepas lebih 70 jam dalam keadaan lemah. Muhammad Naufal Adzimi Mohd. Harris, 17, dijumpai pada pukul 10.48 pagi semalam oleh Unit Anjing Pengesan (K9) bomba dan Pasukan Gerakan Am (PGA). Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa ditemukan kira-kira dua kilometer dari…









