Pelajar rabun kematian ibu bangkit raih 7A SPM - Utusan Malaysia

Pelajar rabun kematian ibu bangkit raih 7A SPM

WAN Zaini Muhammad (kanan) berkongsi kegembiraan bersama Noor Azlina Omar selepas memperoleh keputusan 7A dalam SPM 2022 di Tumpat, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Dua hari sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Wan Zaini Muhammad, 18, yang hilang penglihatan mata sebelah kanan sejak kecil diuji apabila ibunya me­ninggal dunia akibat penyakit buah pinggang.

Pemergiaan ibu meninggalkan kesan mendalam sehingga mengganggu emosi calon berkeperluan khas dari Sekolah Menengah Kebangaaan (SMK) Wakaf Bharu itu.

Bagaimanapun dia bangkit dan akhirnya memperoleh keputusan 7A dalam SPM 2022 yang diumumkan semalam.

“Emosi saya terganggu, saya langsung tak dapat beri tumpuan ketika peperiksaan dan mengulang kaji pelajaran di saat-saat akhir. Namun saya kuatkan semangat apabila teringat pesanan arwah ibu.

“Kata ibu, saya adalah harapan terakhirnya sebagai anak bongsu daripada 11 beradik untuk berjaya dan menjadi seorang guru,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Wan Zaini yang berasal dari Kampung Banggol Petani di sini memberitahu, mata kanannya itu buta selepas dipatuk burung ketika berusia dua tahun dan sebelah kiri mempunyai masalah silau.

Katanya, kekurangan fizikal itu sedikit sebanyak mengganggunya untuk mengulang kaji pelajaran terutama pada waktu panas atau sejuk.

“Bagaimanapun, saya sedih tidak dapat berkongsi kejayaan ini dengan arwah ibu, namun bersyukur ayah masih ada dan ini merupakan hadiah yang mahu diberikan kepadanya,” jelasnya.

Sementara itu Pengetua SMK Wakaf Bharu, Noor Azlina Omar berkata, seramai lima pelajar memperoleh 8A manakala 7A (enam orang), 6A (lapan) dan 10 orang memperoleh 5A. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN