Pekerja pembersihan miliki sijil kemahiran - Utusan Malaysia

Pekerja pembersihan miliki sijil kemahiran

SITI Yusnita Mohamad Yusof (baris belakang, tengah) dan Mohd. Norlisam Mohd. Nordin (baris belakang, tiga kanan) bersama penerima sijil pekerja contoh syarikat SWM Environment sempena sambutan Hari Pekerja Pembersihan di Seremban. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 47 orang pekerja pembersihan syarikat konsesi pengurusan sisa pe­pejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) di negeri ini ditauliah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2.

Pentauliahan itu melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pe­pejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan.

Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Siti Yusnita Mohamad Yusof berkata, pentauliahan sejak 2019 itu melalui Skim Latihan Dual Negara (SLDN) iaitu sijil pentauliahan berdasarkan cara kerja sistematik dan sempurna.

“Dengan adanya inisiatif ini, kita tidak hanya meningkatkan kualiti hidup pekerja pembersihan malah keupayaan mereka menyampaikan perkhidmatan dengan berkesan dan cekap.

“Latihan bagi memastikan mereka (pekerja pembersihan) ini mengikuti latihan dan pemeriksaan selama enam bulan pada setiap hujung minggu.

“SLDN mengiktiraf agar mereka mempunyai kemahiran menggunakan mesin jentera atau memotong rumput. Modul latihan mendapat kelulusan Jabatan Pembangunan Kemahiran,” katanya selepas sambutan Hari Pekerja Pembersihan di Depoh SWM Environment di sini semalam.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, sehingga kini 145 pekerja syarikat itu di ne­geri ini, Melaka dan Johor mendapat pentauliahan berke­naan.

“Kita bersama pihak SWCorp akan sentiasa membantu dan memberi sokongan dalam me­ningkatkan kualiti kerja pekerja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN