Proses rundingan ambil balik kawalan trafik ruang udara

PARLIMEN: Proses rundingan ambil balik kawalan trafik ruang udara dari Singapura masih berjalan

ANTHONY LOKE - SUMBER/JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proses rundingan bagi mengambil balik tanggungjawab penyediaan perkhidmatan kawalan trafik udara daripada Singapura kepada Malaysia masih berjalan. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Malaysia sentiasa komited dalam memastikan kedaulatan dan kepentingan negara terus terpelihara. 

“Kementerian Pengangkutan bersama-sama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada 2021 dan 2022 telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dengan Singapura bagi membincang aspek teknikal melibatkan keselamatan penerbangan awam selaras hasrat kerajaan mengambil balik tanggungjawab penyediaan perkhidmatan kawalan trafik ruang udara dari Singapura. 

“Perbincangan Malaysia untuk mengambil balik tanggungjawab ini telah menjadi salah satu agenda tetap dalam semua mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Singapura serta Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Kerajaan Malaysia-Singapura sejak 2019. 

“Selain rundingan dua hala secara diplomatik di peringkat pemimpin negara negara dan pegawai kerajaan, proses mengambil balik tanggungjawab ini juga perlu mengambil kira ketetapan dan prosedur yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awak Antarabangsa (ICAO),” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam. 

Katanya, setakat ini Singapura tidak mengenakan sebarang caj atau fi bagi mana-mana penerbangan yang menggunakan ruang udara tersebut kerana sebahagian besar ruang udara di Laut China Selatan adalah di bawah kawalan dan pengurusan kerajaan Singapura seperti mandat yang telah diberi oleh ICAO. 

Beliau menjawab soalan Isnaraissah Munirah Majilis [Warisan-Kota Belud] meminta kerajaan menyatakan status terkini pengambilalihan semula penyeliaan ruang udara Flight Information Region (FIR) daripada Singapura. 

Beliau juga mahu mengetahui kos FIR yang ditanggung syarikat penerbangan bagi setiap penerbangan daripada Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan kos yang ditanggung jika kerajaan mengambil semula FIR daripada Singapura. 

Dalam perkembangan lain, Anthony berkata, Kementerian Pengangkutan dan agensi lain yang berkaitan telah mewujudkan satu Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) yang dipengerusi bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Singapura bagi tujuan membincang pengambilan balik tanggungjawab penyediaan perkhidmatan kawalan trafik ruang udara. 

Jelasnya, ia telah diwakilkan kepada negara Singapura melalui Surat Perjanjian Operasi antara Kuala Lumpur dan Pusat Kawalan Kawasan Singapura Mengenai Ketibaan, Keberangkatan dan Penerbangan Singapura 1974 (OLOA 1974) sejurus perbincangan antara Menteri Pengangkutan dengan rakan sejawat Singapura pada 23 Januari 2019.

“HLC telah mengadakan dua kali Mesyuarat iaitu pada 18 Februari 2019 di Putrajaya dan 28 Jun 2019 bagi membincang Terma Rujukan HLC yang antara lain merangkumi bidang kuasa HLC dan fasa pengambilan balik tanggungjawab penyediaan perkhidmatan kawalan trafik ruang udara dari Singapura secara berperingkat mulai 2019 sehingga 2023,” katanya. 

Pada 9 April 2019, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu berhasrat untuk mengambil kembali ruang udara di sebelah Selatan Semenanjung Malaysia, yang sebelum ini diletakkan di bawah jagaan Singapura sejak 1974, secara berperingkat.

Beliau berharap supaya perkara itu dapat dicapai dalam tempoh masa antara 2019 hingga 2023.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong membalas, penyerahan semula kawasan ruang udara itu perlu dilakukan dengan teliti, dan tidak boleh secara terburu-buru namun tetap menghormati kehendak Malaysia.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.