Jakim tidak terima laporan isu tukar agama 'Projek Cinta'

(PARLIMEN) Jakim tidak terima laporan isu tukar agama ‘Projek Cinta’

MOHD. Nai'im Mokhtar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak menerima laporan berkaitan gerakan yang dicetus untuk menukar agama terhadap golongan tertentu melalui projek dinamakan sebagai ‘Projek Cinta’ seperti didakwa aktivis, Miriam Mokhtar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha yang boleh mencetus fitnah, permusuhan dan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama di Malaysia. 

“Dalam Islam, sebarang paksaan terhadap orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam adalah tidak dibenarkan sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud ‘Tidak ada paksaan untuk memeluk agama (Islam)’. 

“Kebebasan beragama adalah dijamin seperti termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya. 

“Manakala perkara 3 Perlembagaan memperuntukkan agama Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni di Malaysia,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam. 

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau [PH-Tuaran] yang bertanya jika benar pendedahan aktivis berkenaan baru-baru ini tentang kewujudan usaha sulit menukar agama tertentu di Malaysia yang dinamakan sebagai ‘Projek Cinta’.

Dalam satu video di YouTube dan tular di media sosial mendakwa, satu jabatan kerajaan menyasarkan pelajar sekolah, wanita muda, Orang Asli, ibu tunggal dan warga tua untuk menukar agama mereka kepada Islam.

Wanita itu mendakwa kes menyaksikan keluarga Kristian menghantar anak mereka ke sekolah berasrama dan apabila pelajar itu pulang ke rumah didakwa sudah memeluk agama Islam lengkap dengan kad pengenalan. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN