Cari punca kenapa pelajar SPM tak sambung pengajian-Saifuddin

(PARLIMEN) Cari punca kenapa pelajar SPM tak sambung pengajian-Saifuddin

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kerajaan perlu meneliti punca mengapa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak berminat menyambung pengajian di peringkat tinggi.

Ketua Portfolio Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, data-data yang dikeluarkan harus dilihat kembali bagi mengenal pasti punca tersebut kerana peratusan yang ingin menyambung belajar berada pada tahap yang rendah.

“Saya percaya tentu ada sebab yang mereka kata tak nak sambung belajar.

“Contoh semasa Covid-19, peratusan besar daripada mereka yang jadi E-hailer, penghantar makanan itu adalah pelajar universiti atau yang baru keluar universiti. Mereka tiada kerja lain zaman Covid-19 nak buat.

“Adakah mereka nak sambung balik belajar atau tidak, sebab dia dah merasa dapat duit dan sebagainya…jadi, benda-benda itu yang harus kita teliti,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu pada sidang media berkenaan, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen (PN-Indera Mahkota) berkata, PN mencadangkan beberapa perkara dalam usaha memperkasa penghayatan budaya ilmu bagi membangunkan msyarakat dan negara.   

Katanya, antara cadangan itu adalah digerakkan Reformasi Pendidikan yang Komprehensif meliputi semua aspek iaitu falsafah, dasar undang-undang, ekosistem, kurikulum, TVET, sumber manusia mutu dan penghakupayaan pensyarah/guru termasuk pelajar, teknologi digital, kebolehpasaran graduan, perpaduan, pengantarabangsaan, peranan ibu bapa dan alumni, kerjasama pemegang taruh serta kewangan.

“Cadangan ini merupakan perkara pokok yang telah dibentangkan dalam ucapan ketua portfolio pendidikan dan pendidikan tinggi serta 14 ahli portfolio ini di Mesyuarat Penggal Keda Parlimen Kelima Belas iaitu membahaskan usul menjunjung kasih Titah Agong pada 16 Februari 2023 dan ketika membahaskan Belanjawan 2023 pada 28 Februari lalu,” ujarnya. –utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN