Operasi cari kanak-kanak lemas fokus di kawasan perangkap sampah - Utusan Malaysia

Operasi cari kanak-kanak lemas fokus di kawasan perangkap sampah

ANJING dari Unit K9 digunakan bagi mengesan kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Lubuk Gelap Simpang Empat di Tanjung Malim, Kelmarin.- UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) memberi fokus pencarian di sekitar kawasan perangkap sampah bagi mengesan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Lubuk Gelap Simpang Empat di sini, kelmarin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, khidmat dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) bomba digunakan bagi mencari mangsa, Edward Grang Anak Jenggut.

Katanya, kawasan carian di perangkap sampah itu meliputi jarak sehingga 10 kilometer.

“Pada masa sama, anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut melakukan selaman di beberapa lubuk tertentu bagi mengesan mangsa.

“Pasukan pencarian juga dipecahkan kepada empat kumpulan bagi menyusuri sungai sejauh tiga kilometer selain dua bot rafting digunakan merangkumi jarak carian sehingga lima kilometer,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, keadaan arus sungai hari ini yang lebih tenang dan air yang tidak keruh memudahkan anggota mencari dan menyelamat memperluaskan kawasan operasi pencarian.

“Semalam, operasi yang dijalankan lebih kepada pencarian di permukaan dan tebing sungai kerana hujan pada awal pagi menyebabkan arus sungai deras dan keruh.

“Jadi pagi ini, kita meneruskan operasi secara menyeluruh dengan menyusuri arus sungai bagi jarak dua kilometer melibatkan pencarian di permukaan air dan selaman,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan bagi mengesan mangsa yang dilaporkan hilang ketika mandi di kawasan perkelahan itu.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut datang ke tapak perkelahan berkenaan bersama keluarganya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya