Op Samseng Jalanan: 54 motosikal disita, 290 saman dikeluarkan - Utusan Malaysia

Op Samseng Jalanan: 54 motosikal disita, 290 saman dikeluarkan

SEBAHAGIAN daripada motosikal yang diperiksa dan disita dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di BORR, Bagan Ajam, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Sebanyak 54 buah motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Bagan Ajam di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, sebanyak 290 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi terbabit.

Terdahulu, operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD SPU bermula pukul 11.45 malam sehingga 10 pagi.

“Mereka yang berusia antara 18 sehingga 30-an ditahan kerana melepak dan membuat bising di kawasan terbabit.

“Selain itu, antara kesalahan lain yang dikesan ialah motosikal turut diubah suai selain penunggang tidak memiliki lesen yang sah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Radzi menegaskan, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

“Operasi akan giat diteruskan bagi membendung kegiatan ini daripada menular,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya