Nelayan lemas, abang masih hilang

Nelayan lemas, abang masih hilang

MAYAT Mohd. Farizan Tajuddin ditemukan tersangkut di kawasan lumpur paya bakau di Kuala Kangkung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KEDAH: Seorang nelayan ditemukan lemas, manakala seorang lagi mangsa yang juga abangnya masih hilang setelah perahu mereka dilanda ribut di perairan Kuala Sala, di sini pagi ini.

Mangsa, Mohd. Faudzi Tajuddin, 48, dan adiknya, Mohd Farizan, 41, keluar memukat udang bersama seorang saudara mereka yang menggunakan perahu berasingan.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, dalam kejadian pukul 4.45 pagi itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Balai Polis Kota Sarang Semut setelah seorang lagi saudara mereka membuat aduan.

“Pada pukul 4.20 petang tadi, Pangkalan Hadapan Carilamat mendapat makluman daripada nelayan tempatan memaklumkan menjumpai satu mayat tersangkut di kawasan lumpur paya bakau di Kuala Kangkung.

“Mayat telah disahkan sebagai Mohd. Farizan oleh keluarga mangsa. Jasad dibawa keluar oleh anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta dibantu oleh penduduk tempatan,” katanya.

Tambahnya, salah satu perahu yang berpangkalan di Kuala Sala dinaiki tiga bersaudara itu ditemukan terdampar di pantai dan sebuah lagi perahu ditemukan hanyut oleh bot nelayan tempatan.

Katanya, usaha mengesan seorang lagi mangsa masih diteruskan dan turut disertai Pasukan Polis Marin (PPM), JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain beberapa bot nelayan tempatan.

“Zon Maritim Kuala Kedah juga meminta komuniti nelayan sekitar untuk melaporkan jika menemukan sebarang petunjuk di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.