MB Kedah ditegur, hentikan drama politik ‘loqlaq’

MB Kedah ditegur, hentikan drama politik ‘loqlaq’

MUHAMMAD SANISU MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor disarankan agar memberi fokus kepada penyelesaian masalah rakyat negeri itu daripada mencari kesalahan orang lain.

Malah, beliau ditegur agar mengambil pendekatan menjelaskan isu secara tanggungjawab berbanding mengalih perhatian dengan ‘loqlaq’ apabila membangkitkan isu lain pula.

Demikian nasihat Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim yang mengulas hantaran pemimpin itu melalui Facebook yang menyerang Datuk Seri Saifuddin Nasution berhubung program Jelajah Ikon Madani di Universiti Utara Malaysia pada Sabtu lalu.

“Saya melihat agak canggung sikap Muhammad Sanusi langsung tidak sentuh isu air di Kedah yang mendapat perhatian ramai mahasiswa dan tiada pun soalan disekat,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan penampilan Saifuddin itu atas jemputan kerana penganjur utama ialah Yayasan Prihatin Nasional dan tidak timbul isu halangan bagi sesiapa merakamkan.

Kebetulan ujarnya, Saifuddin memang berada di Kedah setiap minggu dan selain tugas hakiki menteri, beliau juga ialah Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri.

Kehadirannya kata Johari, sekadar berkongsi konsep Malaysia Madani yang digagaskan Perdana Menteri serta usaha digerakkan Kerajaan Perpaduan membina semula negara.

Mahasiswa pula jelasnya, cukup cakna bahkan mereka tidak gentar membangkitkan isu mutu perkhidmatan bekalan air di Kedah ketika sesi soal jawab berjalan selain isu tuntutan Pulau Pinang sebagai wilayah Kedah.

Pendekatan dialog dalam program itu tegasnya, jauh berbeza dengan cara tokoh Kedah tersebut yang mengumpulkan mahasiswa di kediaman rasmi Menteri Besar di Alor Setar dan kemudian diminta berikrar menyokong Pas sekali gus menunjukkan sikap terdesak Muhammad Sanusi memperalatkan mahasiswa untuk survival politik dirinya itu.

Menyentuh kenyataan Saifuddin ketika sesi dialog berhubung peruntukan RM1.6 bilion, dia meminta pemimpin Kedah itu tidak buruk sangka kerana isu tersebut pun selalu disebut membuktikan kerajaan pusat komited terhadap sejumlah 453 projek sama ada baharu dan tertangguh selain projek bukan fizikal di seluruh negeri berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya