Malaysia terima enam projek pembuatan Turkiye RM429.2 juta

Malaysia terima enam projek pembuatan Turkiye RM429.2 juta

Anwar Ibrahim bersalam dengan tokoh korporat Turkiye dalam majlis makan malam dan dialog anjuran Persatuan Ahli Perniagaan dan Pemain Industri Bebas (MUSIAD) di Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak enam projek pembuatan de­ngan pelaburan dari Turkiye telah dilaksanakan di negara ini membabitkan AS$123.2 juta atau RM429.2 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan terus memperkukuh­kan jaringan perniagaan ke perniagaan antara Malaysia dan Turkiye serta mengalu-alukan syarikat-syarikat negara berkenaan untuk meneroka pelbagai peluang perdagangan di sini.

“Republik Turkiye kekal menjadi salah satu rakan dagangan penting Malaysia. Pada 2022, Turkiye merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan sumber import keenam terbesar dalam kala­ngan negara Asia Barat, dengan perdagangan dua hala berjumlah AS$4.62 bilion (RM20.25 bi­lion),” katanya menerusi satu hantaran Facebook semalam.

Terdahulu, Anwar memaklumkan beliau semalam menghadiri Majlis Makan Malam dan Dialog anjuran Persatuan Ahli Perniagaan dan Pemain Industri Bebas (MUSIAD) sempena misi perdagangan yang terdiri daripada 41 buah syarikat dari Turkiye.

Kata Perdana Menteri, beliau turut berkesempatan untuk berjumpa dengan Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel, Naib Pengerusi MUSIAD, Davut Altunbas dan Pengerusi MUSIAD Malaysia, Sabri Yardimci. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN