Lima negeri terima pengarah bomba baharu - Utusan Malaysia

Lima negeri terima pengarah bomba baharu

AZMI Osman memeriksa Barisan Kehormat JBPM Perak pada majlis perbarisan penghargaan sempena persaraan beliau di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lima pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) antara yang terbabit dalam rombakan melibatkan pertukaran dan kenaikan pangkat.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Nor Hisham Mohamad berkata, rombakan itu melibatkan pertukaran pengarah dan kenaikan pangkat bagi jawatan sama di empat negeri.

Katanya, rombakan berkuatkuasa esok itu membabitkan negeri Perak, Kedah, Putrajaya, Selangor dan Johor.

“Kita ada rombakan dalam jabatan berikutan persaraan dan pertukaran pengarah negeri. Mulai esok, Kedah terima pengarah baharu kerana kenaikan pangkat manakala Perak pula ekoran perpindahan.

“Selangor, Johor dan Putrajaya juga terima pengarah baharu. Ini adalah lima pertukaran utama mulai esok,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Perbarisan Penghargaan Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Nor Hisham turut menyaksikan nota serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa antara Azmi dan Sayani Saidon iaitu pengarah JBPM Perak yang baharu.

Azmi yang berkhidmat selama 26 tahun sejak 1 Julai 1997 akan bersara wajib mulai esok.

Beliau telah diberikan penghormatan Barisan Kehormat JBPM Perak yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin dan 35 anggota lain-lain pangkat.

Beliau kemudian membuat imbasan cap jari buat kali terakhir simbolik persaraannya sebelum menaiki kenderaan istiadat yang ditarik 20 pegawai dengan diiringi alunan selawat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya