LHDN Langkawi kutip RM8.78 juta cukai tahun lalu

LHDN Langkawi kutip RM8.78 juta cukai tahun lalu

MOHD. Nizom Sairi (tengah) menandatangani plak sempena perasmian Pejabat Satelit LHDN Langkawi di Kompleks Pekan Rabu, Langkawi, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan RM8.78 juta, jumlah tertinggi bagi kutipan cukai di Pejabat Satelit Langkawi pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd. Nizom Sairi berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 59 peratus berbanding RM3.57 juta pada 2021, tertinggi untuk Langkawi sejak Pejabat Khidmat Hasil beroperasi di daerah itu pada 2012.

“Ini selari dengan perkembangan kutipan cukai seluruh negara, di mana tahun 2022 ini adalah rekod kutipan cukai yang tertinggi untuk negara.

“Bagi tempoh tahun 2017 hingga 2021, kutipan PSL adalah sekitar lingkungan RM3.5 juta hingga RM4 juta setahun,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Pejabat Satelit Langkawi LHDN, di Kompleks Pekan Rabu, di sini, hari ini.

Tambahnya, dengan adanya perkhidmatan yang lebih baik ditawarkan di pejabat satelit ini, kadar pematuhan cukai akan menjadi lebih tinggi.

Jelasnya, servis yang lebih mudah didapati berkenaan perundangan percukaian membolehkan lebih ramai orang awam mengetahui mengenai cukai.

Ujarnya lagi, pejabat satelit LHDN itu yang keempat seumpamanya dalam negara walaupun terletak jauh daripada pejabat cawangan negeri, namun masih memberikan perkhidmatan yang sama seperti di cawangan negeri.

Mohd. Nizom memberitahu, antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah khidmat duti setem, khidmat pelanggan, khidmat nasihat berkaitan bidang percukaian serta program Bantuan Khas Kerajaan.- utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya