Lembu korban ditempah pelanggan hilang - Utusan Malaysia

Lembu korban ditempah pelanggan hilang

LEMBU yang ditempah pelanggan untuk ibadat korban hilang selepas melarikan diri di Kampung Limbong, Paka, Dungun, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang penternak lembu berdepan detik cemas apabila lembu yang telah ditempah pelanggannya untuk Ibadah korban hilang selepas melarikan diri dalam kejadian di Kampung Limbong, Paka, di sini, semalam. 

Menceritakan detik cemasnya, Zairadi Mohamad, 48, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika tiba di rumah pelanggannya. 

“Ketika hendak menurunkan lembu dari lori, belum sempat saya ikat tali lembu pada sebatang pokok, tiba-tiba lembu tersebut merentap tali menyebabkan tali terlucut dan haiwan itu bertindak terjun dari lori untuk melarikan diri. 

“Kami berusaha mengejar lembu yang dianggarkan seberat 70 kilogram itu, namun gagal,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. 

Zairadi yang tinggal di Rasau, Ketengah Jaya, di sini, berkata, dia kemudian membuat hebahan mencari lembu hilang di aplikasi WhatsApp dan Facebook untuk meminta memaklumkan sekiranya menemui lembu tersebut.

“Setakat ini, usaha mencari lembu tersebut masih giat dilakukan. Mujurlah pelanggan saya akan menjalani ibadah korban pada hari raya kedua. 

“Kalau tak jumpa juga lembu ini, saya akan berbincang dengan pelanggan sama ada untuk menggantikan dengan lembu lain jika masih ada lembu bersesuaian atau terpaksa membatalkan ibadah korban,” katanya. 

Zairadi yang berpengalaman 10 tahun sebagai penternak lembu berkata, kejadian tersebut bukan pertama kali berlaku, malah, dia pernah kerugian apabila lembu yang hendak dihantar kepada pelanggannya ketika Hari Raya Aidiladha beberapa tahun lalu tiba-tiba mati ketika proses penghantaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya