Lelaki pukul anak teman wanita diburu - Utusan Malaysia

Lelaki pukul anak teman wanita diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis memburu seorang lelaki kerana disyaki memukul anak teman wanitanya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rajang, Setapak, dekat sini kelmarin hanya kerana kanak-kanak itu membuat bising.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.05 petang itu, polis menerima panggilan berhubung kes pen­deraan seorang kanak-kanak pe­rempuan warga tempatan berusia setahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintenden Saralathan Duraisamy berkata, hasil maklumat awal mendapati suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan mendera kanak-kanak perem­puan dan melarikan diri sebelum ketibaan polis di lokasi kejadian.

“Teman lelaki kepada ibu mang­sa dikatakan menderanya di lokasi kejadian yang merupakan tempat tinggal suspek bersama ibu mangsa.

“Setelah selesai memukul mang­sa, suspek bertindak menghantar kanak-kanak itu ke rumah keluarga ibunya di Jalan Rejang, Taman Setapak Jaya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Saralathan memberitahu, mangsa yang mengalami bengkak pada bibir, lebam pada kedua-dua mata serta bahagian belakang badan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.

Beliau berkata, polis percayai ia bukan kali pertama suspek memukul kanak-kanak terbabit tetapi kali ini melampaui batas.

“Polis mempergiat usaha memburu suspek berusia 31 tahun dan kes dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN