Lelaki Orang Asli parah diserang beruang - Utusan Malaysia

Lelaki Orang Asli parah diserang beruang

KEADAAN lelaki Orang Asli yang cedera parah akibat diserang seekor beruang di Chenderiang, Tapah semalam dan dirawat Hospital Teluk Intan. - UTUSAN/IHSAN JAKOA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang lelaki Orang Asli cedera parah akibat diserang seekor beruang dalam kejadian di Sungai Lerek, Chenderiang di sini petang semalam.

Difahamkan, lelaki dikenali Bah Jalil a/l Busu Kecik diserang haiwan tersebut ketika hendak ke kebun namun mangsa berjaya menyelamatkan diri dan keluar dari kawasan hutan bagi mendapatkan bantuan.

Mangsa dikatakan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, mata, tangan kiri dan badan akibat dicakar haiwan tersebut.

Mangsa diselamatkan oleh penduduk dan kini dirawat di Hospital Teluk Intan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusof Shariff mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi Utusan Malaysia,

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng bersama Pegawai Perhilitan Tapah dan anggota polis dari Balai Chenderiang melawat kampung tempat kejadian tersebut berlaku di Kampung Sungai Lerek, Chenderiang petang tadi.

Menurutnya, berdasarkan maklum balas daripada pihak Perhilitan, langkah berjaga-jaga sedang diambil untuk memastikan keselamatan penduduk berikutan kejadian tersebut.

“Penduduk di kawasan sekitar yang hendak memasuki hutan dinasihatkan agar tidak berseorangan sebaliknya masuk secara berkumpulan dan berhati-hati sekiranya masuk ke kawasan hutan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya