KPDN fokus tindakan isu gula - Utusan Malaysia

KPDN fokus tindakan isu gula

ARAHAN penetapan harga kawalan maksimum jualan beras tempatan di peringkat kilang dan borong. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan tidak akan berkompromi dengan peniaga yang membuat penjualan gula secara bersyarat kepada pengguna di negeri ini.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, pada masa sama pemantauan berterusan ke atas bahan mentah itu terus dilakukan bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi menjelang Aidiladha.

Menurutnya, setakat ini harga gula ditetapkan kerajaan adalah di bawah harga kawalan iaitu RM2.85 sekilogram.

“Jika ada yang menjual lebih daripada harga kawalan, kita akan ambil tindakan.

“Jadi peniaga diharap bersama-sama bantu rakyat dengan tidak mengambil kesempatan di dalam keadaan terdesak terutamanya di musim Aidiladha,” katanya ketika ditemui pada Program Jualan Rahmah Parlimen Gua Musang di Dataran Kesedar, Bandar Baru di sini semalam.

Jelasnya, setakat ini pihak­nya menerima aduan dua kes di Pasir Mas yang menjual gula melebihi harga kawalan.

Katanya, kerajaan akan mewujudkan skim untuk barang-barang kawalan setiap kali musim perayaan.

“Kita bimbang pengusaha akan mengambil kesempatan apabila permintaan barangan tinggi.

“Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan pengguna tidak menerima kesan dengan kenaikan harga yang tidak munasabah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN