DEWAN NEGARA: Kerajaan terus pantau tiada lagi pencerobohan udara - Utusan Malaysia

DEWAN NEGARA: Kerajaan terus pantau tiada lagi pencerobohan udara

Kerajaan harus bertindak tegas dalam isu pencerobohan China di ruang udara dan perairan Malaysia di Laut China Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa prosedur diambil kira dalam memantau pencerobohan sama ada di sempadan laut mahupun di udara.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, ia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara agar kejadian lama tidak berulang lagi.

“Ada beberapa tindakan yang kita lakukan secara berkala di sempadan laut atau udara, ada beberapa proses atau prosedur bila kita berhadapan dengan pencerobohan di ruang udara.

“Antaranya kita akan adakan penerbangan pintasan kalau berlaku pencerobohan, itu salah satunya di samping kita akan membuat komunikasi dengan pihak penceroboh. Prosedur itu adalah bagi memastikan kedaulatan udara dan laut menjadi keutamaan.

“Di Kementerian Pertahanan, secara jelas sama ada di darat mahupun di lalut ia memang jadi keutamaan kita dan kita tidak nafikan sama ada melalui ASEAN atau diplomasi pertahanan, kita akan memanfaatkannya untuk membincangkan isu pencerobohan ini,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Senator Noraini Idris berhubung apa langkah kerajaan jika berlaku pencerobohan udara negara oleh Republik China seperti pada 2021 dan 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN