Kerajaan pastikan 42,000 tan bekalan gula di pasaran setiap bulan

Kerajaan pastikan 42,000 tan bekalan gula di pasaran setiap bulan

SALAHUDDIN Ayub (dua dari kanan) merasmikan gimik Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) dan Menu Rahmah di Pasar Besar Siti Khadijah,Kota Bharu, Kelantan, hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan akan memastikan sebanyak 42,000 tan bekalan gula berada di pasaran setiap bulan bagi memastikan keperluan rakyat mencukupi di pasaran ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata,  jumlah tersebut merupakan syarat yang ditetapkan untuk memastikan bekalan gula pasir kasar dan halus mencukupi terutama menjelang perayaan Aidiladha ini.

Menurutnya, pada masa KPDN sudah memberi taklimat kepada pihak yang terlibat supaya lebih agresif bagi memastikan keberadaan bekalan gula di pasaran mencukupi.

“Kalau nak jual gula premium itu tidak ada masalah tetapi bekalan mesti cukup dan KPDN bersedia untuk melihat dan mengadakan sesi libat urus.

“Insya-Allah, semasa musim perayaan Aidiladha ini tidak akan berlaku pengurangan serta terputus bekalan gula,”katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) dan Menu Rahmah di Pasar Besar Siti Khadijah di sini hari ini.

Salahuddin memberitahu, bagi memastikan bekalan gula mencukupi, pihaknya akan memperluaskan Op Manis 2.0 ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak berbanding sebelum ini hanya melibatkan empat negeri sahaja.

Katanya, operasi tersebut juga yang sepatutnya  tamat pada 29 Mei lalu telah dilanjutkan tempohnya sehingga 30 Jun ini.

Pada perkembangan yang lain, Salahuddin berkata, bagi peniaga yang menawarkan Menu Rahmah, pihaknya akan berusaha memastikan mereka dapat membeli barangan asas dengan pengurangan harga di kedai, pasar raya atau premis yang terpilih.

“Bagi gerai kedai yang menawarkan Menu Rahmah, mungkin kita akan melakukan potongan harga beberapa barang asas.

“Malah memang sudah ada beberapa barangan asas yang dibeli dengan harga pengurangan sehingga 30 peratus oleh peniaga yang menawarkan Menu Rahmah,” ujarnya. – utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya