Kementerian bincang SOP baharu Covid-19 pertengahan bulan ini

Kementerian bincang SOP baharu Covid-19 pertengahan bulan ini

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Garis panduan baharu prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dijangka dibincangkan dalam satu mesyuarat pada pertengahan bulan ini. 

Langkah itu susulan pengumuman penamatan status kecemasan kesihatan global Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kementeriannya mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat sebarang pengumuman dengan mengambil kira Malaysia yang masih ditetapkan di bawah Kawasan Jangkitan Tempatan yang berakhir 30 Jun ini. 

“Jadi, pada pertengahan Jun nanti kita akan meneliti SOP dan lihat bagaimana kita boleh membuat kemas kini daripada situ. 

“Kita perlu melihat sama ada trend kes (Covid-19) kerana ia sesuatu yang kita tidak boleh jangka. Contohnya kita mungkin berdepan lonjakan kes ketika musim perayaan jadi kita perlu menguruskannya. Selepas itu barulah kita putuskan,” katanya selepas melancarkan Kuala Lumpur Wellness City (KLWC) di galeri jualan KLWC di Bukit Jalil, di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya