Kemasukan pelancong Thailand kurang memberangsangkan - Utusan Malaysia

Kemasukan pelancong Thailand kurang memberangsangkan

WARGA tempatan dan pelancong domestik membanjiri kompleks bebas cukai di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan untuk membeli-belah. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kejatuhan nilai ringgit mutakhir ini gagal menarik warganegara Thailand untuk datang membeli-belah di kompleks bebas cukai Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor, Tumpat di sini.

Bagaimanapun tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kedua-dua lokasi yang digelar sebagai ‘syurga beli-belah’ itu diserbu warga tempatan termasuk pelancong sempena cuti sekolah.

Seorang peniaga di Pengkalan Kubor, Mohd. Fazlizam Razali, 39, berkata, sejak cuti sekolah seminggu lalu yang berakhir kelmarin, urus niaga di kawasan itu menjadi rancak dengan kedatangan pelancong luar dari Kelantan membeli-belah.

Menurutnya, seawal pukul 9 pagi sudah ada pengunjung yang tiba untuk membeli-belah di Pengkalan Kubor.

“Syukur alhamdulillah, rezeki untuk kami peniaga di sini ketika cuti sekolah. Sepanjang Ramadan lalu tiada pelanggan, hanya mengharapkan pengunjung setempat, dua tiga hari ini jualan laris,” jelasnya.

Bagi peniaga barangan kelengkapan dapur, Mek Nab Loman, 61, dia lega apabila barang niaganya laku.

Katanya, banyak modal digunakan tetapi jualan tidak bergerak kerana tiada pelanggan sebelum ini.

“Sejak tiga hari ini banyak periuk, pinggan mangkuk habis dijual sekali gus dapat membayar hutang dengan pemborong,” katanya.

Sementara itu peniaga di Rantau Panjang yang mahu dikenali sebagai Nani, 33, berkata, kemasukan rakyat Thailand untuk membeli-belah di sini agak kurang berbanding ke negara jiran.

Katanya, walaupun nilai ringgit jatuh namun rakyat tempatan lebih berminat untuk membeli-belah di Thailand. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya