Kaka Azraff selamat bersalin, namakan anak Atta Adam - Utusan Malaysia

Kaka Azraff selamat bersalin, namakan anak Atta Adam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Kaka Azraff, 34, selamat melahirkan anak ketiga di sebuah hospital dekat Damansara hari ini.

Pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff itu melahirkan bayi lelaki seberat 2.75 kilogram.

“Nama baby Atta Adam,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kaka dan suami, Adam Azriff kini memiliki tiga cahaya hasil perkongsian hidup mereka termasuk Aslan dan Aryan.

Pasangan itu sah bergelar suami isteri pada 14 Disember 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN