Kadar duti setem saham di Bursa Malaysia dikurangkan Julai ini - Anwar Ibrahim  - Utusan Malaysia

Kadar duti setem saham di Bursa Malaysia dikurangkan Julai ini – Anwar Ibrahim 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Bursa Malaysia Securities akan dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 berkuat kuasa Julai ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengurangan kadar tersebut bagaimanapun tertakluk kepada had maksimum RM1,000 setiap kontrak.

Jelasnya, langkah yang diambil kerajaan diyakini secara tidak akan langsung mengurangkan kos transaksi sekuriti dan menjadikan pasaran saham tempatan lebih berdaya saing dan meningkatkan daya tarikan.

“Peningkatan kecairan pasaran akan menarik lebih banyak dana domestik dan asing ke dalam pasaran saham tempatan.

“Ia juga menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk melaksana tawaran awam permulaan (IPO) dan memudahkan syarikat senaraian awam dalam menjana dana untuk mengembangkan perniagaan mereka dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya ketika merasmikan Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) dan pelancaran ‘investED’, di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN