JKNS, polis siasat kematian mengejut dua petugas kesihatan - Utusan Malaysia

JKNS, polis siasat kematian mengejut dua petugas kesihatan

DR. SHA'ARI NGADIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan polis menjalankan siasatan kes kematian mengejut melibatkan dua petugas kesihatan di Klang, baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian petugas yang berkhidmat di dua fasiliti kesihatan berbeza masing-masing pada 4 dan 6 Jun lalu.

Katanya, situasi itu dianggap menyedihkan kepada semua terutama ahli keluarga dan kenalan rapat individu tersebut.

“Pihak jabatan (JKNS) telah menjalankan siasatan bagi kedua-dua kes berkenaan. Selain itu, polis juga sedang menjalankan siasatan mengenalpasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Sha’ari meminta semua pihak mengelak daripada membuat sebarang spekulasi dan tidak menyebarkan sebarang maklumat berkaitan dengan dua kes berkenaan.

“Orang ramai diminta menghormati dan memberikan ruang privasi kepada mereka yang menempuh tempoh sukar itu. Kejadian ini amat mendukacitakan kita semua dan takziah kepada keluarga petugas itu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan mana-mana individu yang mengalami masalah emosi supaya tampil mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada golongan profesional.

“Selain itu, mereka boleh menghubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental, di 15555 yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) Kementerian Kesihatan (KKM). Talian itu beroperasi setiap hari bermula pukul 8 pagi sehingga 12 tengah malam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya