Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Penyanyi terkenal era 80-an, Rohana Jalil selamat dikebumikan tepat pukul 11.30 pagi tadi.

Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, dekat sini.

Terdahulu jenazah telah dimandi dan dikafankan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum disembahyangkan di Masjid Al Falah USJ 9, di sini.

Upacara pengebumian dihadiri lebih 100 orang terdiri dalam kalangan keluarga, sahabat dan peminat Allahyarham.

Antara rakan artis yang hadir termasuk pelakon dan pelawak terkenal Jaafar Onn, Haiza Hanafi, Noraniza Idris, Herman Tino dan ramai lagi.

Rohana atau nama penuhnya Dara Jalil menghembuskan nafas terakhirnya pukul 11.33 malam tadi di HCTMU.

Penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Main Mata itu menghembuskan nafas terakhirnya di samping suami dan anak-anaknya termasuk pelakon, Kilafairy.

Terdahulu, Allahyarham dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) April lalu selepas mengalami kebocoran usus.

– habis –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN