Jangan guna naratif kolot, jumud serang kerajaan - Anwar

Jangan guna naratif kolot, jumud serang kerajaan – Anwar

ANWAR brahim (tengah) berbual dengan Syed Mokhtar Albukhary (kiri) pada perasmian Pameran Orientalism Paintings di Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya tidak menggunakan naratif kolot dan jumud dalam menyerang Kerajaan Perpaduan. 

Ia susulan tindakan Abdul Hadi yang dilapor menyifatkan Pakatan Harapan (PH) tidak sesuai menjadi kerajaan dan memimpin negara kerana gabungan itu dikuasai parti bukan Islam.

Perdana Menteri menegaskan perkiraan itu tidak betul kerana apa yang penting bukan soal jumlah majoriti atau sebaliknya, tetapi dasar. 

“Di mana yang dasar yang kita tinggalkan Islam? Di mana yang kita khianat orang Melayu in? Yang kita curi tanah Melayu, curi saham, curi projek di mana? 

“(Semua) ini penting kita nilai, jangan gunakan naratif kolot dan jumud yang lalu. (Ini kerana) bahasa, budaya, Islam, seni, sastera yang kita lakukan,” katanya selepas merasmikan Pameran Orientalism Paintings di Muzium Kesenian Islam, di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Pengarah Muzium Kesenian Islam Malaysia, Syed Mohamad Albukhary.

Anwar berkata, hak bukan Islam tetap perlu dipelihara meskipun kerajaan mengangkat penghayatan Islam. 

Perdana Menteri berkata, ini kerana semua sedia maklum negara ini terdiri daripada pelbagai kaum. 

“Jadi saya tidak cenderung untuk rakyat dipesongkan dengan sentimen ini, yang dia (Abdul Hadi) tidak dijawab kenapa sekarang kita boleh ambil tindakan tegas hentikan rompakan. 

“Saya tahu ada kalangan pembesar, tokoh-tokoh lama, itu dia kata ‘buat apa nak korek yang lama-lama’, bukan saya korek, harta rakyat mesti dipulangkan. 

“Kalau tengok naratif yang lama-lama dan naratif itu…. dalam kalangan orang yang ada kes kalau ikut, kalau teliti betul-betul dia takut dia disiasat. Kamu sudah ambil, pulangkan balik, itu saja yang saya perlukan,” katanya. 

Jelas beliau, banyak kejayaan sudah dicapai Kerajaan Perpaduan pimpinannya sejak menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

“Bagi saya kalau tanya tentang kejayaan, kita pertahan perlembagaan, kita tingkatkan makna bahasa, budaya, Islam, membasmi kemiskinan, keharmonian antara kaum, menghormati hak mereka. 

“(Malah) paling utama hentikan amalan guna kuasa dan kedudukan untuk rompak harta rakyat, ini yang patut ditekankan oleh parti Kerajaan Perpaduan dan pembangkang,” katanya.

Berhubung majlis petang ini, Anwar berkata, rakyat wajar menggunakan peluang ini kerana kosnya terlalu tinggi sekiranya pameran sebegini dilakukan di tempat lain. 

“(Perlu) dihebahkan. Mungkin ramai tidak tahu tentang pameran ini agak unik kerana (tidak) dipersembah di mana-mana di dunia melainkan di muzium di London, itu pun skala kecil. (Bagi) skala besar ini yang terbesar pernah diadakan di dunia,” katanya. 

Dalam pada itu, Anwar menyeru syarikat konglomerat memanfaatkan keuntungan bagi menyokong industri seni dan sastera dalam negara. P

Beliau berkata, seperti mana sokongan terhadap bidang-bidang lain termasuk pendidikan, syarikat-syarikat besar itu juga perlu mengambil peluang sama bagi memajukan industri seni. 

“Seperti mana saya gesa, ada usaha dalam pelbagai bidang pendidikan, seni, teater untuk (syarikat besar) (memberikan) dokongan. 

“Kalau kita ada 30 konglomerat beri sokongan dalam pelbagai bidang, itu akan memperkayakan seni, sastera, budaya serta pendidikan masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya