GUA MUSANG: Seorang suri rumah buntu dan hilang arah selepas hilang tempat bergantung apabila suaminya maut terjatuh dari pokok tualang setinggi 30 meter semasa mencari madu lebah di kawasan hutan Meranto di sini, Selasa lalu. Siti Aminah Awang Mat, 33, berkata, dia tidak menyangka pemergian suaminya, Abdullah Che Nah, 35, untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga berakhir dengan tragedi menyayat hati. Menurutnya, sebelum keluar dari rumah arwah suaminya telah berjanji…