JERANTUT: Penternakan ikan sangkar di Kampung Kelola di sini mempunyai kelainan tersendiri apabila pelbagai spesies seperti patin, patin buah, tilapia, belida, juara, kerai, jelawat dan kelah merah diternak dalam satu sangkar. Pemiliknya, Hamizi Abdul Hamid, 45, berkata, projek ternakan ikan melibatkan 36 sangkar itu diusahakan sejak Disember 2021 walaupun tiada pengalaman menternak secara komersial. Bagaimanapun, katanya, berbekal minat dan pengalaman sebagai anak kampung yang hidup membesar di Sungai Pahang, dia…