Identiti mayat belum dikenal pasti

Identiti mayat belum dikenal pasti

ZAINAL MOHAMED MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis belum dapat mengenal pasti identiti mayat seorang lelaki yang ditemukan dalam longkang besar di Mukim Batu, Batu 7, Jalan Rawang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pemeriksaan pada mayat dan sekitar kawasan kejadian tidak menemukan sebarang dokumen peribadi milik mangsa.

Katanya, polis menerima laporan awam berhubung penemuan objek menyerupai mayat dalam longkang di lokasi terbabit pada pada 1.57 tengah hari.

“Pihak polis dengan bantuan pasukan bomba membawa naik mayat terbabit pada 1.30 petang sebelum pemeriksaan dijalankan pasukan forensik polis Selangor bersama Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Mayat ditemukan dalam dalam keadaan lengkap memakai baju lengan panjang warna putih dan seluar denim warna hitam,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Hasil pemeriksaan, katanya, pasukan forensik mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

“Pemeriksaan awal pasukan forensik tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan kes diklasifikaskan sebagai mati mengejut.

“Mayat kemudian dihantar ke HKL untuk tujuan bedah siasat,” katanya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN