Hadanah: Hafidz berubah fikiran saat akhir - Nurul Shuhada

Hadanah: Hafidz berubah fikiran saat akhir – Nurul Shuhada

NURUL SHUHADA ditemui selepas proses sulh mengenai hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.-UTUSAN/M.FIRDAUS M.JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri terkejut dengan tindakan suaminya yang berubah fikiran di saat-saat akhir mengenai tuntutan hadanah (hak penjagaan) dua anak mereka, Humairah, 6, dan Umar, 2.

Nurul Shuhada berkata, semasa proses sulh mengenai hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini hari ini, pasangan itu sepatutnya sudah mencapai keputusan bersama sebelum menandatangani borang persetujuan berwarna kuning.

“Tiba-tiba dia keluar dan berjumpa peguam sebelum masuk semula (bilik sulh) beritahu tidak setuju dengan semua perbincangan. Nampak tiada pendirian.

“Sedangkan, sepanjang sejam proses tersebut berlangsung, pada mulanya dia setuju hendak bagi hak jaga anak pada saya termasuk tidak boleh bermalam lagi,” katanya.

Disoal suasana proses sulh itu, Shuhada berkata, Hafidz dilihat seperti tidak mempunyai masalah serta tidak menunjukkan sebarang reaksi kurang senang terhadapnya termasuk di hadapan pegawai sulh yang mengendalikan proses berkenaan.

“Dia tidak beremosi pun, nampak ceria. Sebab kami sudah capai persetujuan selama sejam proses sulh berlangsung.

“Pegawai sulh juga menasihatkan kami supaya jangan pentingkan diri sendiri dan fikirkan demi anak-anak. Pegawai itu juga pesan pada dia supaya berusaha untuk menghubungi saya tentang hal anak-anak.

“Dia boleh cakap tidak akan menghubungi saya dan semuanya hanya melalui peguam,” katanya.

Pada 16 Mei lalu, Hafidz memfailkan dua hadanah (hak penjagaan) iaitu penuh dan interim (sementara) terhadap dua anaknya Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Tuntutan hadanah penuh difailkan Hafidz selaku plaintif pada 18 April lalu dengan menamakan Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, iaitu isteri Hafidz sebagai defendan.

Bagi hadanah interim pula, tuntutan itu baru difailkan pada 12 Mei lalu, yang bertujuan supaya Hafidz diberihak lawatan yang tetap memandangkan setakat ini berlaku kesulitan untuk Hafidz berjumpa atau berkomunikasi dengan anak-anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN