Guna sistem solar PV opsyen kawal bil elektrik

Guna sistem solar PV opsyen kawal bil elektrik

NIK Nazmi Nik Ahmad dalam sidang akhbar pengumuman Pelarasan Tarif Elektrik di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selaras pelarasan tarif elektrik bermula bulan depan hingga Disember ini, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) komited mempromosi penggunaan tenaga mampan termasuk sistem solar PV (fotovoltaik).

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, peralihan tenaga kepada penggunaan tenaga yang mampan itu penting bagi mengimbangi elemen sekuriti tenaga, kebolehcapaian tenaga dan kelestarian alam sekitar.

Beliau berkata, kementerian menggalakkan amalan kecekapan tenaga dan peralihan kepada penggunaan tenaga boleh baharu melalui pemasangan sistem solar PV sebagai satu opsyen kepada pengguna untuk mengawal bil elektrik mereka.

“Bagi menggalakkan lagi pemasangan sistem solar PV terutamanya pada struktur bumbung premis bangunan, kerajaan juga melakukan ketetapan untuk melonggarkan syarat di bawah Program Net Energy Metering (NEM) dan Program Pemasangan Solar PV Untuk Kegunaan Sendiri (SelCo).

“Antara syaratnya termasuk melonggarkan had kapasiti setiap rumah bagi permohonan NEM Rakyat berbanding had 4kW untuk pemasangan 1 fasa dan 10kW untuk pemasangan 3 fasa dan pengguna boleh melakukan pemasangan sistem solar berdasarkan kriteria teknikal yang ditetapkan.

“Selain itu, had kapasiti sistem solar PV yang dibenarkan di bawah Program NEM NOVA dan Program SelCo ditingkatkan daripada 75 kepada 85 peratus.

“Program SelCo dibuka untuk permohonan dan penyertaan pengguna voltan tinggi (HV consumer),” katanya dalam sidang akhbar pengumuman pelarasan tarif elektrik di Semenanjung di sini, hari ini.

Katanya, pelaksanaan ketetapan baharu di bawah Program NEM dan SelCo ini akan berkuat kuasa mulai 15 Julai 2023, berpandukan garis panduan yang akan dikemas kini oleh Suruhanjaya Tenaga;

Nik Nazmi berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga akan mengumumkan beberapa penambahbaikan untuk menggalakkan pemasangan sistem solar PV. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN