KUCHING: Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah menegaskan parti itu tidak akan terlibat dalam mana-mana pilihan raya negeri (PRN) di luar Sarawak.
Ujarnya, parti tersebut hanya memfokuskan kepada kepentingan rakyat Sarawak.
“Saya kira dalam konteks ini dari peringkat ke peringkat GPS sudah ada pendiriannya. Kita tidak terlibat pilihan raya di dalam mana-mana negeri.
“Dari dulu lagi sebab GPS ada sebuah negeri yang memfokuskan kepada kepentingan rakyat Sarawak, memperjuang kepentingan Sarawak dan pada masa yang sama kita menyokong di peringkat Persekutuan untuk dibentukkan kerajaan yang stabil.
“Jadi itu prinsip yang kita (GPS) pegang pada sejak dulu lagi. Tapi bagi menteri-menteri yang berada dalam Kabinet termasuk timbalan menteri yang berada dalam Kerajaan Perpaduan, kita mungkin ke keawasan berdasarkan program kementerian tetapi bukan untuk berkempen,” katanya selepas menghadiri Majlis Program Love My Neighbourhood Petra Jaya di sini hari ini. – UTUSAN










