GEG beri mesej salah kepada rakyat

GEG beri mesej salah kepada rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun langkah Generasi Penamat (GEG) bertujuan melahirkan generasi bebas rokok dan berniat baik, namun mungkin menghantar mesej yang salah kepada rakyat Malaysia.

Ini kerana terdapat pelbagai kesan daripada hasil rang undang-undang (RUU) GEG khususnya daripada sudut ekonomi dan kerajaan wajar mengambil kira pandangan semua pihak yang akan terjejas disebabkan pelaksanaan tersebut.

Apatah lagi sejak akhir-akhir ini terdapat banyak kontroversi dan terbaharu rampasan jam Swatch, GEG pula dilihat menambah mesej buruk tersebut.

Oleh itu sekalipun berniat baik, ia boleh disalahtafsirkan kepada rakyat Malaysia tidak apabila mereka akan tidak mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan sendiri khususnya belia yang  mungkin menyalah tafsir mesej dan kerajaan cuba mengawal kehidupan mereka.

LOKMAN NOOR ADAM

Seperti pernah dijelaskan Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam sebelum ini, langkah GEG tersebut mendatangkan banyak kesan buruk kepada negara termasuk masa depan belia apabila membuka peluang kegiatan penyeludupan rokok.

Jelasnya, GEG menyebabkan generasi anak-anak muda lahir selepas 2007 tidak dibenarkan merokok apatah memiliki serta membelinya sekali gus mereka berusaha untuk mengambilnya dengan cara salah.

“Berbanding rokok dibawa masuk secara sah, rokok seludup lagi berbahaya kerana mengandungi Nikotin yang tidak dikawal kerajaan yang kandungannya lebih tinggi daripada rokok biasa,” katanya dalam satu video yang dimuatnaik dalam YouTube https://www.youtube.com/watch?v=nCGI0Nj-2Zs baru-baru ini.

Lokman mempersoalkan meskipun usaha tersebut dilakukan oleh kerajaan terdahulu, mengapa pentadbiran sekarang mahu melaksanakannya sedangkan ia tidak memberi sebarang faedah kepada rakyat?

Sebelum ini, kerajaan mahu membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan GEG dalam sidang Parlimen. Namun sehingga kini, kerajaan masih belum berbuat demikian dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula sejak minggu lalu.

RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 disasarkan dibentang semula dalam masa terdekat bagi membolehkan penguatkuasaannya dimulakan tahun depan.

RUU berkenaan bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) hanya akan membabitkan golongan individu lahir selepas 1 Januari 2007. Ia antara lain melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau vape kepada individu yang dilahirkan pada tahun selepas 2007.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kerajaan membuat penelitian semula dan akan meneruskan pembentangannya dengan pindaan yang dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) melalui Penyata yang disiarkan pada 5 Oktober tahun lalu.

Selain itu, menerusi GEG, kerajaan mungkin menghantar mesej salah kepada rakyat Malaysia apabila dilihat cuba mengawal kehidupan termasuk belia dan menyebabkan masyarakat memahami untuk tidak tahu dan bagaimana menjalani kehidupan masing-masing.

Untuk berdepan isu berkenaan, mungkin kerajaan perlu mengambil pendekatan perundingan dan mendengar pandangan orang ramai dan bukannya larangan secara terang-terangan.

Jika dilakukan GEG pada masa sekarang apabila disaat hampir pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka pada berlangsung dalam tempoh sebulan dua lagi, ia boleh menjejaskan undi kerana khususnya belia yang tidak mahu dikongkong dan dikawal dengan sebarang larangan merokok.

Lokman Adam menambah antara salah satu punca kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana sekatan tertentu terhadap pengundi muda dan salah satunya pencaturan agenda GEG.

Beliau berharap Jemaah Menteri dapat memandangkan perkara itu dengan serius kerana GEG akan menjejaskan peluang kemenangan parti-parti Kerajaan Perpaduan dalam PRN.

“Kita akan hilang undi anak-anak muda yang merokok. Dalam keadaan kita akan berhadapan pilihan raya, tanyalah ahli-ahli Parlimen yang menyokong RUU itu kelak dan parah akan terjadi jika meneruskan agenda GEG ini,” jelasnya.

Hal ini ditambah apabila dijangka 4.9 juta pengundi muda berusia 18 hingga 39 tahun menjadi penentu kemenangan parti dan calon yang bertanding dalam enam PRN yang dijangka berlangsung dalam tempoh dua bulan lagi.

Jumlah itu membabitkan hampir separuh daripada lebih 9.6 juta keseluruhan pengundi di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu sekali gus mendominasi bilangan pemilih yang menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan negeri dalam pilihan raya tersebut.

Berdasarkan rekod pemilih Induk Ogos 2020 iaitu data sama diguna ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu, Selangor merupakan negeri teramai pengundi muda iaitu 1.8 juta dan diikuti Kedah (811,207), Kelantan (777,263), Pulau Pinang (539,769), Terengganu (523,833) dan Negeri Sembilan (423,423).

Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu bakal berdepan PRN setelah hayat semua Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing berakhir pada Jun ini dan mereka perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya