Dua kadet Malaysia sambung pengajian di AS - Utusan Malaysia

Dua kadet Malaysia sambung pengajian di AS

BRIAN Dr. McFeeters (kiri) dan Saadon Hasnan (kanan) bergambar bersama Muhammad Faidh Izzuddin Mat Sahari serta Ummi Annur Syahmina Sohaini yang akan meneruskan pengajian di akademi ketenteraan berprestij Amerika Syarikat (AS). – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua kadet muda Malaysia akan meneruskan pengajian di akademi ketenteraan berprestij Amerika Syarikat (AS) sebagai persediaan menjadi pegawai tentera.

Ummi Annur Syahmina Sohaini, 20, diterima masuk ke Akademi Tentera Udara AS di Colorado dan Muhammad Faidh Izzuddin Mat Sahari, 20, pula akan ke Akademi Tentera AS di West Point, New York.

Duta Besar AS ke Malaysia, Brian D. McFeeters berkata, kadet-kadet ini mewakili masa depan, kemakmuran dan ke­selamatan bersama serta akan terus menempa laluan ke hadapan untuk pemimpin muda yang lain.

“Hubungan antara akademi ketenteraan kita telah wujud sejak lebih 40 tahun lalu. Ia menjadi penghubung penting antara kedua-dua negara kita dan me­ngukuhkan hubungan sesama rakyat sambil mempromosikan kesalingoperasian masa depan.

“Ummi dan Faidh dipilih selepas proses pemilihan yang ketat yang menilai potensi ke­pimpinan, kecergasan fizikal dan pencapaian akademik.

“Beliau berdua adalah antara 15 calon yang terpilih dalam setiap akademi ketenteraan daripada 89 negara yang turut dijemput untuk menamakan calon.

“Sejak 1971, 39 rakyat Malaysia menamatkan pengajian di Akademi Ketenteraan AS dan kini masih terdapat lapan rakyat Malaysia yang sedang menyambung pengajian di AS.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kadet-kadet ini dan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia dan agensi-agensi ketenteraan Malaysia atas sokongan dan kerjasama dalam me­ngukuhkan hubungan antara akademi ketenteraan di AS dan Malaysia,” katanya ketika majlis meraikan penerimaan masuk kadet Malaysia ke Akademi Tentera Udara AS dan Akademi Tentera AS di kediaman rasmi Duta AS di sini semalam.

Komandan Akademi Latihan Ketenteraan, Mejar Jeneral Datuk Saadon Hasnan berkata, misi akademi ketenteraan AS adalah untuk memberikan pendidikan dan pengalaman kepada semua kadet.

Ini katanya, supaya mereka lulus dengan pengetahuan dan memiliki karakter yang penting sebagai pemimpin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN