D'Parawood juara Battle Of The Bands Tentera Darat

D’Parawood juara Battle Of The Bands Tentera Darat

BARISAN pemenang Battle Of The Bands Tentera Darat 2023 yang berlangsung di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kumpulan D’Parawood dari 10 Briged Para muncul juara Battle Of The Bands Tentera Darat 2023 kategori formasi yang berlangsung di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini, malam tadi.

Selain dinobatkan selaku johan, kumpulan itu turut memenangi kategori lagu patriotik yang diadakan sempena sambutan Hari Tentera Darat 2023.

Kemenangan itu membolehkan D’Parawood menerima wang tunai RM3,000, RM500 serta piala pusingan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Naib juara pula disandang Stallion Quatro dari 4 Divisyen menerima RM2,000 dan tempat ketiga menjadi milik N’Separang dari 5 Divisyen yang membawa pulang RM1,500.

Sementara itu, bagi kategori Antara Jabatan Arah/Kor, johan disandang Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD); Naib juara D’Electras dari Kor Jurutera Letrik dan tempat ketiga menjadi milik D’Semenggos dari Kor Perkhidmatan Diraja (KPD).

Pengurus Kombo RAMD, Mejar Mohd. Firdaus Kassim berkata, kemenangan itu amat bermakna selepas mereka gagal meraih sebarang tempat pada tiga pertandingan sama sebelum ini.

“Sebelum ini kami sering layak ke peringkat akhir tetapi tidak berada di kedudukan tiga terbaik. Bila diumumkan RAMD muncul juara, nyata ini amat mengejutkan tetapi syukur alhamdulillah percubaan kali keempat membuahkan hasil buat kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN