Dituduh kurus sebab potong usus, Fasha Sanda maafkan pemfitnah - Utusan Malaysia

Dituduh kurus sebab potong usus, Fasha Sanda maafkan pemfitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha berharap agar orang ramai tidak menggunakan platform media sosial sebagai tempat untuk mencanang fitnah termasuklah kepada golongan selebriti.

kata Fasha, setiap individu perlulah mendapatkan bukti sahih sebelum meletakkan apa-apa tanggapan kepada orang lain.

“Saya maafkan hanya untuk kali ini. Semoga dijadikan ikhtibar dan tidak berlaku kepada orang lain termasuklah artis.

“Dapatkan fakta yang sahih sebelum komen. Jangan sedap-sedap nak mengata artis atau sesiapapun.

“Jangan sesekali menyalahgunakan media sosial. Negara ada undang-undang,” tulisnya dalam satu hantaran di laman Instagramnya.

Fasha berkata demikian selepas memaafkan seorang wanita yang memfitnahnya kurus gara-gara rawatan bariatik atau potong usus.

Tegas penerima Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh itu lagi, rawatan bariatik bukan sewenangnya boleh dilakukan oleh orang awam.

Ia merupakan kaedah pembedahan untuk mengatasi masalah berat berlebihan atau penyakit lain seperti darah tinggi dan gastrik.

“Pada tahun 2020, ibu saya mendapatkan rawatan bariatic kerana ada masalah kesihatan iaitu obesiti, darah tinggi dan sakit lutut yang kronok. Saya membayar kos rawatan RM25, 000 untuk prosedur terbabit.

“Saya tidak akan menghakimi sekiranya ada sesiapa yang menjalani rawatan terbabit kerana mungkin suatu hari nanti saya akan memerlukan rawatan itu,” katanya.

Menurut pelakon itu lagi, penurunan berat badannya tidak berlaku dalam tempoh yang singkat. Malah, Fasha mengambil sekurang-kurangnya enam bulan di samping menjaga pemakanan, melakukan senaman dan mengambil suplemen tambahan.

“Jadi, jika ada sesiapa yang tak puas hati dengan pencapaian saya ini, boleh beli suplimen dan cuma. Mana tahu boleh jadi macam saya.

“Saya jaga ibu saya tiga tahu lalu, tiba-tiba buat cerita,”katanya.

Terdahulu, Fasha berkongsi kepada media berat badannya susut sehingga 20 kilogram gara-gara selera makannya berkurangan selepas mengalami kecederaan semasa penggambaran. Berpuasa di bulan Ramadan turut membantu Fasha mengurangkan berat badan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya