Dalang pelaburan kutu Sapiza telah didakwa

Dalang pelaburan kutu Sapiza telah didakwa

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalang utama pelaburan kutu Saving Sapiza Extra (SSE) telah didakwa di mahkamah di bawah di bawah Sek 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (kesalahan pengambilan deposit).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pendakwaan wanita itu membabitkan empat kertas pertuduhan pada Februari dan Mac lalu.

Katanya, satu lagi kertas siasatan telah mendapat arahan untuk dituduh di bawah Kontinjen Selangor. 

“Selain itu, terdapat tiga kertas siasatan melibatkan ejen yang telah dituduh di bawah Sek 417 Kanun Keseksaan dan Sek 424 KK kerana tiada keterangan secara terus antara pengadu dan suspek utama.

“Masih terdapat 11 kertas siasatan dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya manakala 14 lagi masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. 

Menurut Ramli, setakat ini pihaknya menerima sebanyak 157 laporan berkaitan penipuan tersebut.

Terdahulu, Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan perkembangan kes pelaburan kutu Sapiza selepas lima bulan penangkapan suspek dibuat pihak berkuasa. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, ini ekoran beberapa mangsa telah tampil kepada pihaknya bagi memohon perhatian dan tindakan selanjutnya daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman berkenaan kes tersebut. 

Malah, katanya, beberapa mangsa juga ingin memberikan maklumat tambahan dengan dokumen sokongan bagi bukti-bukti baharu dalam siasatan berkenaan. 

“Kita merasakan perlu ada keperluan untuk pihak polis memberikan perkembangan siasatan selepas hampir lima bulan tangkapan dilakukan terhadap suspek berkenaan. 

“Ada juga mangsa mendakwa ada pihak ketiga meminta mereka untuk menarik laporan polis. Ini perkembangan tidak sihat. 

“Sehubungan itu, kita desak pihak JSJK meneruskan siasatan serta tidak berkompromi dgn mana-mana pihak agar kertas siasatan dapat diselesaikan dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk pendakwaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN