Cuaca panas: Bekalan air untuk tanaman padi cukup

Cuaca panas: Bekalan air untuk tanaman padi cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bekalan air untuk penanaman padi di seluruh Terengganu mencukupi walaupun berdepan dengan cuaca panas ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, ia adalah hasil inisiatif kerajaan negeri menaik taraf sistem pengairan dan saliran dalam sektor pertanian padi sebelum ini.

Menurutnya, semua perancangan telah dibuat memboleh­kan kawasan sawah padi di ne­geri ini mendapat bekalan air.

Katanya, usaha itu turut dibantu dengan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Jumlah keluasan kawasan penanaman padi di negeri Terengganu ialah 12,542 hektar (ha). Daripada jumlah itu, 5,323 ha adalah kawasan dalam jelapang manakala 7,221 ha lagi ialah kawasan luar jelapang. “Purata pengeluaran hasil ialah sebanyak lima tan metrik sehektar untuk kawasan dalam jelapang manakala bagi kawasan luar jelapang anggaran hasil sebanyak tiga hingga empat tan metrik,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambahnya, paras air di dua empangan di Besut iaitu Empangan Paya Peda dan Empa­ngan Jajar juga masih berada di paras yang normal ketika ini.

“Kedua-dua empangan yang menjadi nadi utama sistem pengairan padi di daerah Besut itu masih berada pada paras normal walaupun musim kemarau. “Mengikut kebiasaan insya-Allah takungan air di ke­dua-dua empangan yang terletak di Hulu Besut ini mencukupi bagi musim menanam padi sekarang,” katanya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN