Coldplay umum konsert empat hari di Singapura - Utusan Malaysia

Coldplay umum konsert empat hari di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Band rock terkenal dunia, Coldplay mengumumkan bakal mengadakan konsert selama empat hari di Singapura pada tahun 2024.

Menurut Live Nation selaku penganjur, konsert Coldplay Music Of The Spheres World Tour di Singapura akan berlangsung di National Stadium pada 23, 24,26 dan 27 Januari tahun hadapan.

Coldplay yang juga merupakan penerima bagi anugerah Grammy akan menjadi artis pertama mengadakan persembahan selama empat malam di stadium berkenaan.

Pra-jualan tiket akan mula dibuka pada 19 Jun, jam 2 petang. Jika pembeli ingin mendapatkan tiket ini lebih awal, mereka mestilah melanggan e-bulletin di laman sesawang Coldplay pada 16 Jun.

Jualan tiket secara umum akan mula berlangsung pada 20 Jun, 2 petang menerusi Ticketmaster bermula RM 233.58 (S$68) tidak termasuk cas tambahan. Mereka juga memperkenalkan tiket khas iaitu ‘Infinity Tickets’ pada harga RM 92.74 (S$27) yang mesti dibeli secara berpasangan.

Selain Singapura, Coldplay turut menambah bilangan hari untuk konsertnya di Manila dan Bangkok pada 19 Januari dan 3 Februari tahun hadapan.

Terdahulu, tiket konsert Coldplay di Malaysia ‘licin’ kurang daripada lima jam sejak ia dijual pada 16 Mei lalu. Namun begitu, sehingga hari ini, belum ada apa-apa pengumuman mengenai penambahan konsert artis itu di Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN