Cemerlang SPM 2022, Iman Troye hadiah RM300 - Utusan Malaysia

Cemerlang SPM 2022, Iman Troye hadiah RM300

Iman Troye.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi muda, Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam mana-mana mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2022) yang diumumkan hari ini.

Penyanyi Nang itu berkata, kriteria pemilihan pelajar yang layak untuk menerima hadiah tersebut adalah berdasarkan pencapaian dari keputusan sebelumnya.

“Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek yang sebelumnya G naik ke A, saya nak bagi RM300.

“Hadiah ini bukan saja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka, tapi juga mahu memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha di masa akan datang.

“Tawaran RM300 ini terbuka kepada semua termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM (PTTI),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Iman yang juga duta PTTI, kejayaan pelajar-pelajar itu dalam meningkatkan keputusan SPM itu diharap dapat memberikan inspirasi kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini.

“Bagi yang belajar dengan PTTI atau di mana-mana sekolah sekali pun, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.

“Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil. Apa yang penting, jadikan setiap apa yang dipelajari itu bekalan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik,” katanya.

Iman berkata, pelajar yang menepati kriteria ditetapkan boleh menghantar mesej (DM) di Instagram PTTI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya