Buktikan jika benar ada campur tangan politik dalam siasatan SPRM - Anwar - Utusan Malaysia

Buktikan jika benar ada campur tangan politik dalam siasatan SPRM – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dakwaan sesetengah pihak berhubung siasatan yang dijalankan ke atas pemimpin-pemimpin utama negara dan parti politik adalah berlandaskan berkepentingan politik perlu disertakan bukti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak termasuk ahli-ahli Dewan Negara untuk menyokong usaha kerajaan untuk membersihkan negara daripada gejala rasuah.

“Ini bahaya kerana kalau ada tomahan dan bukti pihak berkuasa bertindak atas arahan politik, itu boleh dikemukakan. Saya jamin dalam Kerajaan Perpaduan, arahan kita jelas bertindak dengan tegas supaya penyakit barah rasuah dapat dihapuskan.

“Kaedah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cukup jelas jika ada laporan dibuat, maka siasatan dibuat. Arahan yang saya selaku Perdana Menteri adalah supaya semua badan penyiasat sama ada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Bank Negara Malaysia (BNM) perlu jalankan tugas mereka without fear of favour

“Untuk memutuskan, lihat pada fakta. Kalau masa memegang kuasa kita menggunakan kuasa itu kepada anak pinak, keluarga dan kroni, memperkaya kroni, jangan pertikai mengapa SPRM siasat,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Terdahulu Senator Datuk Dr. Dominic Lau yang juga Presiden Gerakan meminta Perdana Menteri menjelaskan mekanisme yang sedang diguna pakai SPRM membuktikan setiap siasatan yang dijalankan tidak dipengaruhi kuasa politik termasuk arahan bermotif politik bagi memastikan SPRM membuat siasatan dan bebas.

Tambah Anwar, dakwaan atau siasatan yang dijalankan tidak boleh dianggap sebagai bentuk intimidasi.

“Kalau SPRM siasat, jangan dianggapkan ini adalah tohmahan politik. Kekayaan tidak dapat diterangkan berapa banyak dan pengedaran wang berleluasa.

“Kita sebagai ahli-ahli dewan perlu menyokong positif kerana menyelamatkan negara ini daripada malapetaka rasuah yang berleluasa. Sekarang ini, tiap tindakan yang diambil dijadikan bahan politik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya