Bukan mudah Imam Al-Aqsa dapat keluar dari Palestin

Bukan mudah Imam Al-Aqsa dapat keluar dari Palestin

MOHD. Na'im Mokhtar menyampaikan cenderahati kepada Sheikh Dr. Ekrima Said Sabri ketika kunjungan hormat di Kompleks Islam Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia seharusnya insaf dan menyokong perjuangan Palestin kerana bukan mudah ulama tersohor negara itu untuk keluar tanpa sekatan oleh rejim Israel.

Perkara tersebut disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar ketika mengulas isu Palestin daripada penindasan Zionis.

Ini termasuk kedatangan Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Ekrima Said Sabri ke Malaysia yang sewajarnya dihargai sebagai peluang umat Islam bertemu tokoh tersebut.

“Untuk keluar dari sana pun bukan senang dan kebetulan apabila dapat keluar datang ke Malaysia pula, maka banyaklah perkara boleh kita belajar dan apa yang mengetahui apa sebenarnya berlaku di Palestin termasuk perkembangan terkini Al-Aqsa,” katanya dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat bekas Mufti Besar Palestin di sini hari ini.

Ekrima, 84, hadir bersama delegasi Malaysian Research and Education Foundation (MyRef) sebagai tetamu khas bersempena Kongres Palestin Sedunia di sini pada akhir minggu ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im bersyukur kerana julung kali dapat bertemu sendiri dengan Ekrima di Malaysia kerana bukan mudah menerima peluang ‘keemasan’ sedemikian.

Meskipun tidak dinyatakan secara spesifik, beliau dipercayai merujuk laporan media luar mengenai rancangan jahat rejim Zionis membahagikan masjid itu kepada dua bahagian.

Isu itu didedahkan oleh Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh pada mesyuarat Kabinet negara tersebut mengenai rang undang-undang yang dibahaskan Parlimen Israel.

Menyentuh Kongres Palestin Sedunia yang julung kali diadakan, Mohd. Na’im bagi pihak kerajaan Malaysia menyokong segala usaha dalam mengangkat isu perjuangan Palestin.

Program berkenaan merupakan susulan pembentukan Barisan Bertindak Keadilan untuk Palestin pada 18 Julai 2021 yang disertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya