KELINCAHAN dan keterujaan penyanyi rap, Bunga Isme setiap kali membuat persembahan mengundang rasa kurang senang segelintir penonton yang merasakan dia terlalu lincah sebagai wanita berimej bertudung. Ramai yang berpandangan perilaku yang ditunjukkan gadis berasal dari Perak itu yang menari dan melompat-lompat atas pentas tidak bersesuaian dengan penampilannya yang berhijab dan menutup aurat. Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd. Bakhari, 23, bagaimanapun menerima semua teguran yang dilayangkan dengan hati terbuka. Katanya, dia sedar bukan semua orang senang dan dapat menerima cara dan gaya persembahannya yang berlainan dan jarang dilihat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya