Bank Islam sampaikan zakat RM185,000 kepada MAIPs - Utusan Malaysia

Bank Islam sampaikan zakat RM185,000 kepada MAIPs

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) menerima mock cek sumbangan zakat Bank Islam Malaysia Berhad dalam satu majlis di Masjid Al-Falah Behor Mempelam, Arau, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menyampaikan sumbangan zakat perniagaan 2022 sebanyak RM185,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Ketua pegawai rangkuman kewangan bank Islam, Mohd Nazri Chik mempersembahkan mock cek tersebut kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis di Masjid Al-Falah Behor Mempelam di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua MAIPs berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada seramai 140 orang asnaf terpilih dengan masing-masing dari kariah Behor Mempelam dan Tambun Tulang.

Mereka menerima RM700 setiap seorang selepas membuat pemeriksaan kesihatan yang dijayakan Jabatan Kesihatan negeri.

Baginda turut menzahirkan rasa gembira atas kesudian pihak Bank Islam Malaysia Berhad yang sekali lagi mengunjungi Perlis bagi menyalurkan sumbangan.

Tuanku Syed Faizuddin berharap agar lebih banyak lagi syarikat korporat di luar sana yang sudi berganding bahu dengan MAIPs untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik di negeri ini.

Dalam pada itu, Mohd Nazri memaklumkan bahawa kehadiran mereka ke Perlis juga adalah untuk membincangkan pelbagai kolaborasi sedia ada dan juga yang baharu untuk dilaksanakan pada masa akan datang.

Beliau turut menyatakan bahawa rakyat Perlis sangat bertuah kerana mempunyai pewaris takhta yang sangat prihatin dan sudi berangkat menyampaikan sendiri bantuan dan berjumpa dengan asnaf yang terpilih di segenap pelusuk negeri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya