Bahan kimia bocor di makmal kesihatan awam

Bahan kimia bocor di makmal kesihatan awam

Bomba keluarkan kaki budak tersepit pada penutup longkang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kebocoran beberapa bahan kimia dikesan di sebuah makmal kesihatan awam di Sungai Buloh dekat sini petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.48 petang dan sebuah jentera di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh ke lokasi kejadian 

Katanya, seramai 19 anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian.

“Semasa tiba, pihak bomba mendapati terdapat kebocoran air dari siling makmal dan terkena tempat penyimpanan bahan-bahan kimia. 

“Pasukan Hazmat dari BBP Shah Alam telah digerakkan ke lokasi bagi membersihkan bahan-bahan kimia tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, bomba memastikan keadaan selamat sebelum diserahkan kembali kepada pihak berkenaan.

“Tiada sebarang mangsa terlibat,” ujarnya.- UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN