KUALA LUMPUR : Penyanyi sensasi, Ayda Jebat membuka peluang buat dua peminat bertuah untuk bercuti bersamanya dengan menjelajah beberapa destinasi mesra Muslim di Taiwan.
Dikendalikan oleh Biro Pelancongan Taiwan di bawah Kempen Salam Taiwan 2023/2024, peluang keemasan itu dibuka sekarang sehingga 31 Julai ini dan peminat terpilih bukan sahaja dapat menikmati sesi ramah mesra bersama Ayda, malah berpeluang menikmati makan malam eksklusif serta bersiar-siar ke lokasi mesra Muslim yang menarik selama lima hari empat malam di sana.

Percutian ini merupakan sebahagian dari aktiviti yang telah dirancang oleh pihak Biro Pelancongan Taiwan selain membawa penyanyi kesayangan ramaim itu ke sana untuk merakamkan video, foto termasuk menjalani penggambaran video muzik.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh biro tersebut, video muzik itu juga akan menyerlahkan empat sisi istimewa Taiwan sebagai sebuah lokasi mesra Muslim, romantik, ‘vibrant’ dan ‘trending’.
Selain itu, sempena penganjuran kempen ini, Ayda turut telah diumumkan sebagai Duta Salam Taiwan untuk tempoh 18 bulan, bermula Januari 2023.
Menerusi kunjungannya yang pertama sebagai sebahagian dari kerja-kerja penggambaran, Ayda telah dibawa ke pelbagai lokasi menarik di seluruh Taiwan, berdasarkan empat ‘tiang’ kelebihan sebagai destinasi pelancongan sensasi tersebut.
Untuk menyertai, peminat hanya perlu mendaftar di laman rasmi Salam Taiwan http://salamtaiwan.com/menangipercutian dan nantikan panggilan sekiranya anda terpilih untuk menjadi salah seorang dari pemenang bertuah.

Untuk info, Kempen Salam Taiwan 2023 adalah dianjurkan oleh Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia bagi mempromosikan Taiwan sebagai Destinasi Sensasi Mesra Muslim buat rakyat Malaysia.
Secara umum, kelebihan Taiwan sebagai destinasi percutian pilihan, boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu Mesra Muslim (Taiwan adalah diiktiraf sebagai ‘Destinasi Inklusif Tahunan’ (bukan OIC) dalam majlis Anugerah Pelancongan Halal 2022), Romantik (Keindahan alam semula jadi, digandingkan pula dengan kecanggihan metropolitan0.
Kategori lain ialah Trending (Sesuai dengan imejnya sebagai ‘Jantung Asia’, Taiwan menawarkan pelbagai tarikan terkini dan ‘trendy’ pada harga yang menarik buat pelancong seperti destinasi membeli-belah yang bervariasi.
Seterusnya ialah ‘Vibrant’ menerusi lokasi-lokasi yang memiliki bangunan dengan reka bentuk unik dengan persekitaran berwarna-warni, keunikan juadah yang ditanam di sekitar tempat penginapan, gaya hidup di ladang ternakan yang diselubungi kabus, pemandangan matahari terbit yang menakjubkan, gaya hidup metropolitan serba moden dengan pelbagai aktiviti menarik.
Boleh juga saksikan diari pengembaraan Duta Pelancongan Mesra Muslim ke Taiwan Ayda Jebat dan pasangannya Nabil Mahir sepanjang di Taiwan melalui Youtube rasmi Biro Pelancongan Taiwan.










